SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia memulakan sejarah perkembangannya sebagai sekolah yang beraliran Bahasa Melayu penuh pada awal Januari 1975 dengan dua kelas Peralihan untuk menampung keperluan penuntut sulungnya yang berjumlah 63 orang.

Sejak ianya ditubuhkan hingga hujung tahun 1978, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri tetapi menumpang di Sekolah Rendah Abang Abdul Rahman. Sekolah ini telah diasaskan oleh dua orang guru, iaitu Encik Shokeran Mohidden (Guru Besar SMK (BM) Saratok dari 1975 hingga 1977) dan Encik Yusof Arab.

Seramai 59 orang penuntut kumpulan pertama sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1978. Mereka telah mencapai keputusan yang memuaskan dengan 36 orang calon mendapat A, 8 orang calon mendapat B dan 2 orang mendapat C. Peratus kelulusan ialah 77.96 %. Dengan keputusan sedemikian rupa, SMK (BM) Saratok dihadiahkan Sijil Keputusan SRP Terbaik bagi Sekolah-Sekolah Menengah Sarawak Gred C 1978 pada perayaan Hari Guru 1979.

Pada 5 Jun 1979, hari Selasa bersamaan 10 Rejab 1399 merupakan tarikh bersejarah sekolah ini kerana bangunan barunya telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Yang Berhormat Dato’ Musa bin Hitam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: